PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 33 warganegara asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah premis yang merupakan kilang memproses sisa elektronik atau ‘e-waste’ di Klang, Selangor semalam. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, warganegara asing itu terdiri daripada dua lelaki warganegara China, 27 lelaki warganegara Myanmar, dua lelaki warganegara Cambodia, seorang wanita warganegara Myanmar dan seorang wanita warganegara Cambodia. Katanya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan antara 19 tahun hingga 40 tahun yang bekerja dan tinggal di ruang kilang yang dijadikan asrama sejak empat bulan lalu. “Kesemua warganegara asing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya