SHAH ALAM: Kempen pemakaian baju hitam sebagai isyarat bantahan kepada sebarang suara dan cadangan kepada pembukaan kuota bukan bumiputera dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak melibatkan sebarang perhimpunan atau tindakan radikal. Sebaliknya, gerakan tersebut dibuat melalui pemakaian pakaian berwarna hitam yang dilakukan mahasiswa sebagai solidariti bersama UiTM untuk mempertahankan kedudukannya sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan bumiputera. Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Amir Nur Rashid Lizam berkata, kempen tersebut dijalankan sedemikian bagi mewujudkan gelombang dan isyarat kepada mahasiswa itu sendiri dan masyarakat berkenaan Perkara 153 Perlembagaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya