PETALING JAYA: Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) telah memilih Kelantan sebagai tuan rumah bagi Hari Puisi Malaysia Ke-4 (HPM-4) yang bakal diadakan pada 13 dan 14 Jun depan. Presiden PEMUISI, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim berkata, acara yang akan diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang itu dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), UiTM dan persatuan-persatuan penulis di Kelantan. Katanya, menjelang acara rasmi pada hari berkenaan, satu program Pertandingan…