Kejohanan Golf Wanita Poh Kong tawar hadiah menarik

Kejohanan Golf Wanita Poh Kong tawar hadiah menarik, sasar 120 pemain

MERINA Gan (empat dari kiri) bergambar bersama Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor (tiga dari kiri) dan wakil Poh Kong selepas majlis pelancaran Kejohanan Bersiri Golf Wanita Poh Kong di di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejohanan Bersiri Golf Wanita Poh Kong kali kedua pada tahun ini menyasarkan penyertaan 120 pemain dengan tawaran pelbagai hadiah menarik termasuk cincin berlian Pok Kong kepada pemenang utama.

Kejohanan yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Golf Malaysia (MGA) itu bakal berlangsung sebanyak dua pusingan.

Pusingan pusingan pertama diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) pada 3 Julai depan, manakala bagi pusingan kedua para peserta akan berentap di Horizon Hill Golf & Country Club, Johor Bahru pada 15 Oktober.

PARA penaja yang menjayakan Kejohanan Bersiri Golf Wanita Poh Kong musim kedua tahun ini.

Pengerusi Women In Golf Charter (WIGC), Datuk Merina Gan berkata, walaupun tiada penyertaan daripada pemain golf kebangsaan yang memenuhi jadual dengan acara di dalam dan luar negara, namun kejohanan turut dijangka sengit.

“Kami menerima penyertaan penuh pada tahun lalu dan kali ini kami menyasarkan 120 peserta untuk kategori medal A, B dan C,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Merina, pemain berpeluang untuk mendapatkan Hole-in-One bernilai RM18,888 di samping pelbagai hadiah menarik untuk setiap kategori, salah satu hadiahnya merupakan cincin berlian satu karat.

Angka lapan dipilih kerana ia membawa maksud kemahsyuran dan kemewahan menurut masyarakat Cina.

“Kelainan pada tahun ini ialah kami mempertaruhkan trofi untuk juara keseluruhan bagi dua saingan tersebut,” katanya.

Antara penaja untuk kejohanan tahun ini termasuk Crest Link (M) Sdn. Bhd., Big Shot, Delay No More, Kelab Golf Impian, The Mines, Kota Permai dan lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN