CYBERJAYA: “Setiap hari saya dan keluarga tidak lena tidur fikirkan insiden tebing runtuh yang berlaku betul-betul di hadapan rumah saya.” Itu luahan seorang penduduk di Cassia Garden Residence, Roesman Uthman, 62, yang bimbang keadaan runtuhan semakin buruk dan menghakis terlalu cepat sekali gus menghampiri rumahnya. “Rumah saya betul-betul berada di depan cerun ini, saya tak berapa lena tidur, hari-hari saya pantau berapa jauh lagi tinggal jarak antara rumah dengan kawasan…










