CYBERJAYA: Meskipun sudah diserbu tahun lalu kerana menjual kanta lekap tidak berdaftar, sebuah premis ternyata tidak serik apabila dikesan masih melakukan kesalahan sama. Kegiatan itu terbongkar selepas serbuan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di pusat beli-belah borong fesyen di Pudu, Isnin lalu. Menerusi serbuan itu, MDA merampas sejumlah 101,186 unit kanta lekap tanpa label, 42,098 unit kanta lekap pelbagai jenama dan 276 keping pelekat label berjenama dengan nilai rampasan dianggarkan RM700,000. Ketua Eksekutif MDA, Dr. Muralitharan Paramasua berkata, serbuan dijalankan susulan aduan awam dan hasil pemeriksaan mendapati berlakunya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya