Jonathan Manuel, Ngo Yi Belle juara JIGC 2024

Jonathan Manuel, Ngo Yi Belle juara JIGC 2024

JONATHAN Manuel dan Ngo Yi Belle bergambar bersama trofi kejuaraan masing-masing di di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wakil Indonesia, Jonathan Manuel dan Ngo Yi Belle yang mewakili Malaysia berjaya dinobatkan Juara Kejohanan Jemputan Golf Junior RSGC-SportExcel (JIGC) ke-9, 2024 yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), Kuala Lumpur.

Kejohanan yang diadakan dari 14 sehingga 16 Mei 2024 telah menarik 90 penyertaan daripada pemain golf muda yang termasuk 19 Pemain Junior Kebangsaan dari program Pembangunan Junior MGA dan 11 pemain yang menduduki ranking dalam World Amateur Golf Ranking (WAGR).

Menerusi kerjasama Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel), acara ini menampilkan pemain golf amatur junior terbaik dari Malaysia dan rantau ini.

JIGC telah beralih daripada kejohanan terbuka junior kepada acara jemputan yang menyediakan platfom untuk pemain junior elit mempamerkan kemahiran mereka di kelab golf warisan yang hanya untuk ahli.

Pada tahun ini, kejohanan tersebut menyaksikan 90 penyertaan daripada pemain golf muda yang termasuk 19 Pemain Junior Kebangsaan dari program Pembangunan Junior MGA dan 11 pemain yang menduduki ranking dalam World Amateur Golf Ranking (WAGR).

Kejohanan tiga hari ini juga berfungsi sebagai Acara Pengiraan dalam World Amateur Golf Ranking (WAGR), yang menekankan kepentingannya dalam komuniti golf global.

Terdahulu, Kapten RSGC, John Eu menyampaikan ucapan aluannya diikuti dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pelbagai kategori yang diadakan di ‘Banquet Hall’ RSGC.

Turut hadir, Pengerusi Kejohanan, Ezani Abu Bakar yang menyampaikan hadiah kepada pemenang harian dan Naib Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA), Datuk Yasmin Yusuff.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Acara RSGC juga menyampaikan ‘Rookie Award’ kepada Pemain Golf Lelaki Terbaik Bawah 15, Joshua Lim dan Pemain Golf Wanita Terbaik Bawah 15, Ngo Yi Belle. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN