JOHOR BAHRU: Penjawat awam kerajaan negeri ini bakal menikmati kenaikan gaji menjelang akhir tahun ini seperti yang dicadangkan melibatkan penjawat awam Kerajaan Persekutuan, baru-baru ini. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagaimanapun berkata, peratusan kenaikan itu masih belum ditentukan dan perlu melihat kepada kedudukan kewangan kerajaan Johor. “Daripada segi penjawat awam negeri Johor, insya-Allah kita juga akan selari dengan apa yang diumumkan Perdana Menteri (berhubung kenaikan gaji). Tetapi kita perlu kaji untuk memastikan kedudukan kewangan kita mencukupi, berapa kadar kenaikan dan bila hendak dilaksana. “Kita akan buat keputusan dalam masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya