Jay Jay stabil, masih di ICU - Utusan Malaysia

Jay Jay stabil, masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan penyanyi, Jay Jay, 66, stabil selepas selamat menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Perkembangan itu dimaklumkan anaknya, Cammy kepada Utusan Malaysia yang memberitahu bapanya sudah mula sedarkan diri dan bercakap seperti biasa seawal semalam.

“Ayah sedarkan diri sekitar 10 malam semalam, namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Keadaan beliau stabil, ceria. Kakitangan IJN memaklumkan tiada isu besar sepanjang beliau diletakkan di bawah pemantauan mereka.

“Insya-Allah, kemungkinan ayah akan dipindahkan ke wad biasa bermula esok, bergantung pada keadaannya kelak,” katanya menerusi pesanan WhatsApp.

Penyanyi yang popular era 70-an itu dikejarkan ke IJN beberapa hari lepas dan selamat menjalani pembedahan akibat masalah jantung tersumbat yang dialaminya.

Dalam pada itu, keluarga penyanyi bertaraf legenda itu memutuskan buat masa ini untuk tidak membenarkan pelawat berjumpa Jay Jay sehingga beliau disahkan benar-benar stabil.

“Kami berharap semua pihak faham dan beri sedikit ruang kepada ayah saya untuk berehat.

“Kami akan maklumkan sebaik sahaja dia sedia menerima pelawat,” kongsi Cammy.

Cammy turut berterima kasih kepada rakan dan peminat Jay Jay yang sentiasa mendoakan serta bertanya mengenai keadaan kesihatannya.

“Tolong doakan agar beliau cepat sembuh dan terus sokong kerjayanya.

“Dalam keadaan sekarang beliau masih memikirkan tentang minat dan peminatnya.

“Sama-sama kita doakan beliau sembuh dan kembali menghiburkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya