PUTRAJAYA : Penyanyi, Wani Kayrie mengakui kesal dengan sikap warganet yang melontarkan komen berbaur kebencian dan biadab terhadap selebriti tempatan yang disenaraikan dalam gerakan Blockout 2024. Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 24, berkata, kecaman-kecaman itu menyebabkan ada dalam kalangan selebriti terpaksa mengeluarkan bukti melakukan kebaikan, sekali gus membuatkan mereka dilabel riak. “Bagi saya, tindakan kutuk-mengutuk memang tidak baik. Apa yang kita cakap akan mencerminkan diri kita. “Tak bermaksud tidak…