Izzue Islam ambil iktibar, bawa isteri sebagai langkah berjaga-jaga - Utusan Malaysia

Izzue Islam ambil iktibar, bawa isteri sebagai langkah berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengakui bimbang dengan pelbagai kes curang yang merajai carta cerita sensasi, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam lebih selesa ditemani isterinya, Awin Nurin ke mana sahaja dia pergi.

Jelasnya, setakat ini dia tidak pernah menerima sebarang gangguan atau cubaan mengurat lantaran kehadiran isteri di sisi pada setiap masa menyelamatkannya.

“Bagi mengelakkan situasi itu terjadi, saya selalu bawa isteri supaya tak hilang fokus sewaktu bekerja. Lagipun saya memang senang bekerja dengan Awin,” ujarnya.

Jelas penyanyi Suka Sama Suka yang sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga, hanya ingin melihat isterinya sentiasa bahagia di sampingnya.

“Kalau boleh, saya tak nak kongsi kasih sayang dengan orang lain. Nanti kalau saya kongsi dengan orang lain, dekat dia tak cukup macam mana?,” jelasnya.

Katanya, kasih sayang akan diberikan sepenuhnya kepada isteri sahaja dan tidak akan dikongsikan oleh mana-mana pihak selain dirinya sendiri.

“Andai suatu hari saya tidak bersama dengan dia, sekurang-kurangnya dia sentiasa ingat kepada saya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya