IGP arah perketat kawalan di balai polis, istana

IGP arah perketat kawalan di balai polis, istana

RAZARUDIN Husain ketika bercakap kepada pemberita mengenai kejadian tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pegawai dan anggota polis seluruh negara diarah untuk meningkatkan kawalan khususnya di kawasan berprofil tinggi seperti istana, bangunan pentadbiran kerajaan dan kawasan awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, arahan itu dibuat susulan serangan maut melibatkan seorang ahli Jemaah Islamiyah (JI) ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi.

Menurut beliau, pasukan keselamatan perlu sentiasa bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.

“Pesanan saya kepada semua anggota polis di seluruh negara adalah untuk sentiasa bersiap-siaga susulan kejadian ini.

“Kawalan di balai kita akan pertingkatkan, bukan itu sahaja, kita juga akan maklumkan kepada Menteri Besar dan pihak istana, itu sangat mustahak.

“Itu tanggungjawab kami termasuklah di balai-balai, kita akan tingkatkan jumlah anggota dan mana kawasan dengan pencahayaan kurang kita akan tingkatkan,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.

Tambah Razarudin, pihak risikan juga telah diminta untuk mengenal pasti kira-kira seramai 20 ahli kumpulan ekstremis itu yang dipercayai masih berada di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×