DUBAI: Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luar negerinya terhempas ketika ia melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal, seorang pegawai Iran memberitahu Reuters. Para penyelamat dilaporkan sedang bergelut untuk sampai ke lokasi kejadian. Pegawai itu berkata, nyawa Raisi dan Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian berisiko berikutan nahas helikopter yang berlaku dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan dengan Azerbaijan di barat laut Iran. “Kami masih berharap…










