KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hamzah Zainudin mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke pasar-pasar basah bagi meninjau kenaikan harga barang yang semakin menghimpit rakyat. Ketua pembangkang itu berkata, Perdana Menteri perlu melihat sendiri kenaikan harga barang ketika ini dan selepas rasionalisasi subsidi diesel yang mahu diteruskan kerajaan. “Saya cadangkan kepada Perdana Menteri, balik Tokyo pergi tinjau Pasar Raja Bot. Lihat sendiri kenaikan harga barang seperti yang dilaporkan sebuah…










