JAKARTA: Beberapa sekolah di Kota Bitung, Sulawesi Utara ditutup sejak semalam selepas Gunung Ruang meletus kembali sehingga memuntahkan lahar dan abu tebal. Selain penutupan sekolah, seramai 12,000 penduduk di Pulau Tagulandang juga dipindahkan ke tempat yang lebih selamat, lapor CNN Indonesia. Selasa lalu, Gunung Ruang meletus dan memuntahkan lahar sehingga menyebabkan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana (PVMBG) Indonesia menaikkan status berjaga-jaga ke tahap tertinggi. Bulan lalu, beberapa siri letusan berlaku…











