KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Erysha Emyra enggan ambil pusing dengan tindakan netizen yang sering mengaitkan namanya dengan pelakon, Hun Haqeem.
Kata pelakon berusia 24 tahun itu, sebagai artis, dia berlapang dada dengan gosip percintaan dengan pelakon kelahiran Sarawak itu.
“Bukan Hun sahaja, Meerqeen pun orang kaitkan dengan saya. Gosip cinta perkara lumrah yang pelakon kena hadap.
“Saya tak adalah rimas. Saya terima gosip begini sebagai kebiasaan apabila menjadi perhatian ramai. Tak boleh buat apa perkara itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Gosip cinta mengaitkan dua pelakon ini timbul selepas foto mereka yang kelihatan mesra bersama tular di media sosial.
Anak pelakon Noniswara itu sebelum ini sering menafikan gosip tersebut dan menegaskan hubungan dengan Hun sekadar kawan rapat.
“Kami hanya kawan, hubungan kami okey. Begitu juga dengan Meerqeen.
“Ada masa kami keluar bertiga.
“Boleh kata, mereka antara individu dalam industri yang rapat dengan saya,” kongsinya.










