Ensiklopedia Empat Khalifah, buku analisis sejarah pertama

Ensiklopedia Empat Khalifah, buku analisis sejarah pertama

PENGARAH Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahazan Mohamed (tengah) diiringi Muhammad Alif Fitri Abdul Halim (kanan) semasa Majlis Peluncuran Ensiklopedia Empat Khalifah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbitan buku, Telaga Biru Sdn. Bhd. menerbitkan analisis sejarah yang pertama bertajuk Ensiklopedia Empat Khalifah.

Penulis buku Ensiklopedia Empat Khalifah, Muhammad Alif Fitri Abdul Halim berkata, buku itu dipersembah dengan satu manifestasi terhadap kaedah pembacaan dan pemahaman sejarah yang diterapkan menerusi sejarah Khulafa’ Al-Rasyidin dan tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal jamaah.

Katanya, ia diubah suai yang mana pada setiap peta ada peristiwa berlaku ketika zaman empat khalifah, dilengkapi grafik yang sesuai dan tidak membosankan.

“Yang menjadikan buku ini istimewa adalah setiap peristiwa mempunyai analisis yang mana tiada lagi dalam mana-mana buku sejarah lain supaya lebih bermanfaat untuk difahami,” katanya dalam Majlis Peluncuran Ensikolpedia Empat Khalifah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, semalam.

Muhammad Alif berkata, proses menulis buku itu mengambil masa enam bulan manakala untuk mencari bahan dan fakta pula mengambil masa kira-kira lima tahun bagi mengelakkan salah informasi mengenai empat khalifah.

“Cabaran saya dalam proses menulis buku ini adalah kekeringan idea dan kebuntuan idea. Saya atasi cabaran itu dengan menonton filem arab yang mencerita mengenai sejarah empat khalifah tersebut.

“Saya berharap sejarah ini dapat dirasai dan dihayati oleh orang ramai kerana kita bicara dan baca mengenai sejarah tetapi tiada perantara untuk menghayati sejarah.

“Dengan ini, saya ubah suai yang mana ia menjadi sesuai dengan pembaca agar dapat dihayati dan rasa seronok untuk membaca, bukan sekadar hitam putih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN