Ella pasang pengawal peribadi, ambil berat isu keselamatan - Utusan Malaysia

Ella pasang pengawal peribadi, ambil berat isu keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sebenarnya saya sudah lama pasang bodyguard (pengawal peribadi).”

Demikian respons ratu rock, Ella selepas dilihat menggunakan khidmat pengawal keselamatan ketika majlis pengumuman konsert baharu, Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia baru-baru ini.

Jelasnya, selain aspek keselamatan, Ella juga menggunakan khidmat pengawal peribadi yang juga jurulatih senamannya untuk melancarkan urusan sementelah dia banyak bergerak ke seluruh negara bagi memenuhi undangan pentas.

“Dia sebenarnya jurulatih senaman juga. Selain menjaga aspek keselamatan, dia turut membantu hal ehwal rutin senaman.

“Sebelum ini pun ke mana-mana sahaja saya sentiasa ditemani Jojie, penata rias serta pengawal peribadi. Suami juga sentiasa ada kecuali ketika dia tiada urusan lain.

“Ini lebih kepada soal keselamatan memandangkan saya perlu banyak bergerak memenuhi undangan ke beberapa lokasi, lebih lancar dengan adanya pengawal keselamatan,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Retak itu berkata, suaminya, Azhar Husaini Ghazali turut menyarankan lebih baik mendapatkan bantuan mereka yang profesional kerana tiada kompromi dalam soal keselamatan.

“Setakat ini belum pernah berhadapan situasi berbahaya. Bukan juga sebab enggan didekati peminat kerana selama ini pun ramai tak perasan adanya mereka di sekeliling saya.

“Peminat saya juga berhemah, ada bodyguard macam saya cakap membantu melicinkan urusan logistik.

“Biasanya ada dua orang akan temani kami ke majlis, tengok kepada keperluan kerana kalau konsert sudah tentu perlukan tenaga lebih ramai,” ujarnya.

Bercakap tentang konsert, persembahan mega yang dijadualkan berlangsung di Dewan Plenary KLCC pada 9 Ogos nanti adalah susulan kejayaan siri jelajah mega Jilid Akhir : Ella Puteri Kota.

“Saya akan menyanyi sambil diiringi band dan pemuzik orkestra, konsert itu juga bakal menyaksikan saya menyanyikan lagu asli.

“Akan ada beberapa lagu asli yang akan saya dendangkan dan ia juga bukan lagu yang pernah dirakamkan sebelum ini, manakala gubahan disusun semula dalam bentuk ‘rockestra’,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya