DALAM kerancakan anak muda mengejar peluang untuk menjadi pelakon, pengacara pentas program Pentas Marhaban TV AlHijrah, Fahmi Zainal, memilih jalan berbeza. Hal itu berikutan keputusan pemilik nama sebenar Muhamad Nur Fahmi Zainal, 24, ini menolak tawaran untuk tampil dalam sebuah drama bagi memelihara imej Islam yang sinonim dengannya. Daripada satu sudut, langkah diambil pengacara muda ini wajar diteladani. Berkongsi perkara itu, Fahmi atau nama pentasnya, Tilmiz Fahmi menerangkan secara jelas…