LUMUT: Dua lelaki maut manakala tiga cedera apabila kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Teluk Intan -Seri Manjung di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, pekerja kedai runcit yang duduk di kerusi penumpang belakang, Eng Soon Hong, 24, dan Chen Ming Sen, 23, maut di lokasi kejadian. Sementara, pemandu berusia 20 tahun dan dua lagi penumpang berusia 22 dan 25 tahun…