MELAKA: “Saya tergamam apabila seekor buaya menerkam ibu kambing di Sungai Malim, Kampung Tengah,” demikian kata penggembala kambing, Muhammad Nuriman Ahmad, 24. Katanya, dalam kejadian pukul 6.30 petang kelmarin, dia bersama dua rakannya sedang memerhatikan beberapa ekor kambing yang dilepaskan di tebing Sungai Malim, di sini untuk meragut rumput. “Sewaktu sedang berbual dengan dua rakan yang kebetulan berada di tempat kejadian, saya ternampak seekor buaya besar sedang menghampiri tebing sungai.…