Blackout 2024; Aaron Aziz minta tak perlu layan komen nakal - Utusan Malaysia

Blackout 2024; Aaron Aziz minta tak perlu layan komen nakal

aaron aziz
Aaron Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Datuk Aaron Aziz menggesa golongan selebriti supaya tidak perlu melayan komen nakal atau ‘bergaduh’ dengan warganet dalam media sosial berhubung isu gerakan Blockout 2024 kini.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz berkata, setiap individu berhak untuk meluahkan pandangan mereka tentang apa sahaja namun pada akhirnya hanya Tuhan yang mengetahui segala usaha dan perjuangan yang dilakukan kepada Palestin.

“Kalau ada yang tak bersuara untuk Palestin itu, saya tak tahu apa nak cakap sebab saya pun tak tahu kenapa dia tak bersuara. Atau mungkin dia bersuara tapi bukan dalam sosial media.

“Saya lihat di negara luar, ada ramai orang bukan Islam menyokong gerakan ini (Blockout 2024). Saya rasa wow, ia sangat bagus.

“Tapi bila gerakan itu berlaku di sini, biarlah orang nak cakap apa kan. Biarlah warganet nak cakap apa yang mereka mahu. Kita (artis) tak payah tergesa-gesa untuk buktikan yang diri kita betul. Sebab di akhirnya, ia antara kita dan Allah SWT,”katanya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aaron memberitahu isterinya, Datin Diyana Halik sentiasa berpesan agar membiarkan sahaja komen warganet yang menulis perkara negatif.

“Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya.

“Dia selalu cakap ‘kenapa nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini.

“Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji. Semua orang nak, tapi kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, kena terima sebab tak semua orang suka.

“Sebab lagi balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh,”katanya.

Sekadar info, filem aksi heist, The Experts terbitan oleh Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bersedia menemui penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara.

Selain Aaron Aziz, filem ini turut dibintangi Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya