KLUANG: Penghantaran pertama helikopter Black Hawk Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sepatutnya dihantar pada April lalu, akan diuruskan mengikut syarat yang dipersetujui dalam kontrak. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jika pihak kementerian menilai kontrak itu tidak boleh dilaksanakan, pihaknya akan membuat keputusan sama ada batal, buka tender semula dan sebagainya. Katanya, dalam soal perolehan seperti ini, isu kelewatan bukan masalah besar dan perkara berkenaan akan diuruskan mengikut…










