PETALING JAYA: Malaysia dan Uzbekistan bersetuju dengan cadangan mewujudkan zon perindustrian Uzbekistan-Malaysia bagi memperkukuh hubungan perdagangan antara kedua-dua negara. Perkembangan itu sejurus selepas kunjungan hormat dan mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev di Istana Presiden Kuksaroy yang terletak di Tashkent. Selain itu, Uzbekistan menyuarakan hasrat bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke…