PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam akan diluluskan di Parlimen secara bergaya sebelum ia dilaksanakan pada 1 Disember nanti. Perdana Menteri berkata, ia setelah mengambil kira sokongan yang diterima daripada kebanyakan ahli Parlimen termasuk ketua parti politik negara. Kata beliau, antara yang memberi sokongan berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg…