TAPAH: Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, yang maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini berjanji pada adik perempuannya untuk membeli telefon jenis iPhone jika adiknya itu rajin belajar dan mendengar kata ibu dan ayah. Nur Azza Assyufia Azhar, 16, berkata, sifat arwah yang gemar memberikan nasihat dan menolongnya, tidak akan dilupakan. “Arwah rela berhabis duit untuk keluarga tidak mengira adik beradik, ayah, ibu…







