BALIK PULAU : Tiga beranak dilaporkan maut selepas terperangkap dalam satu kebakaran di rumah kedai yang mereka diami di Jalan Utama Balik Pulau di sini terbakar, kira-kira pukul 7 pagi tadi. Difahamkan, mangsa yang terkorban terdiri daripada seorang wanita dan dua anaknya iaitu masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan. Menurut seorang jurucakap bomba, sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian itu, pihaknya terus bergegas ke lokasi. “Tiga mangsa yang terperangkap itu…










