2,500 dijangka hadiri Karnival Agro Pelancongan Perak setiap hari

2,500 dijangka hadiri Karnival Agro Pelancongan Perak setiap hari

PENGUNJUNG berpeluang melihat dan mengetahui sejarah negeri Perak menerusi penganjuran PAC 2024
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) mensasarkan lebih 2,500 pengunjung setiap hari memeriahkan Karnival Agro Pelancongan Perak 2024 (PAC 2024).

Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya berkata, acara  yang diadakan selama tiga hari bermula 17 Mei ini  diadakan sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Katanya, penganjuran acara berkenaan dapat merancakkan lagi industri agropelancongan khususnya di Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia untuk geopark.

“Acara ini akan diadakan di Resort Tasik Raban. Ia diadakan untuk merancakkan lagi industri agropelancongan khususnya di Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia untuk geopark.

“Kami mensasarkan lebih 2,500 pengunjung sehari bagi Karnival Agropelancongan Perak 2024 dan ia terbuka kepada semua secara percuma. Kami juga menjangkakan kehadiran pengunjung dari negara-negara luar termasuk dari Singapura, Indonesia dan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

PAC 2024 akan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan dijangka bakal melonjakkan industri agropelancongan negeri  selari dengan agenda Perak Sejahtera 2030.

Dalam pada itu Yahanis berkata, pelbagai aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung yang datang dalam karnival berkenaan. 

“Antara aktiviti yang ada ialah  Pakej ‘Explore Nature Kampungku’ ; 24 lokasi budaya dan bersejarah di tiga bandar utama Perak;  ‘Sehari di Lembah Lenggong’ dan  Suka- Suka Lake Retreat,” jelasnya. 

Sementara itu Yahanis berkata, terdapat lebih 50 tapak eko dan agropelancongan dan sebahagian daripadanya dibangunkan sendiri oleh Perak SADC.

“Kita telah bangunkan beberapa projek eko dan agropelancongan antaranya Taman Herba Gopeng, Gunung Masoorat, Denai Kabus Agro Farm, Ulu Piah Eco Farm Resort dan banyak lagi,” jelasnya.

Tambah Yahanis, pengunjung juga boleh membeli-belah pada harga berpatutan di agro bazar dan pesta makanan, mengikuti ceramah perdana, menyaksikan perlumbaan perahu naga, bertemu artis-artis popular tanah air dan persembahan kebudayaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN