Yayasan Bank Rakyat bantu kanak-kanak derita kanser leukemia

Yayasan Bank Rakyat hulur sumbangan RM3,000 kepada kanak-kanak derita kanser leukemia

ANTARA pihak Yayasan Bank Rakyat yang menyantuni dan melihat sendiri keadaan Nur Alish Umairah yang menderita penyakit kanser leukemia di Kempas, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyampaikan sumbangan RM3,000 untuk anak kepada seorang buruh, Nur Alish Umairah, 5, yang menderita penyakit kanser leukemia sejak Julai tahun lalu di Kempas, Johor Bahru, hari ini.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, beliau terpanggil menyantuni sendiri dan melihat keadaan anak kepada seorang pekerja kontrak, Mohd. Romzan Ramli, 44.

“Suasana lebih memilukan apabila mendengar luahan ibu bapa anak ini yang memaklumkan pernah terputus bekalan makanan dan terpaksa meminta bantuan jiran tetangga untuk membeli beras.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bantuan ini amat kecil nilainya tetapi diharap ia sedikit sebanyak dapat membantu keluarga mereka yang terhimpit masalah kewangan dalam meneruskan kehidupan serta membiayai kos rawatan dan ubat-ubatan bulanan sementara waktu yang dianggarkan RM200 setiap bulan,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun lalu, YBR memperuntukkan sebanyak RM320,000.00 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta tujuan meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Mohd. Romzan berharap orang ramai membantunya meneruskan rawatan untuk anaknya yang terpaksa berulang alik ke Hospital Sultan Ismail.

“Saya hanya pekerja kontrak yang berpendapatan RM1,000 sebulan, manakala isteri hanyalah suri rumah sepenuh masa dan baru sahaja melahirkan anak yang berusia sebulan.

“Sejak mengetahui anak sakit, sumber kewangan kami tidak mencukupi dan anak sulung terpaksa berhenti sekolah sebelum ini kerana membantu menjaga adik yang berusia dua tahun ketika saya berada di hospital.”

Orang ramai yang mahu menghulur bantuan kepada Nur Alish Umairah boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank 151623064684 atas nama Mohd. Romzan Ramli (Bapa) atau menghubungi beliau di talian 011-24410632. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini