TIGA pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya membangunkan aplikasi Grow Your App STEM Kit yang berupaya membantu kanak-kanak prasekolah mengenali asas keperluan tumbuhan yang diintegrasikan dengan aplikasi community-based growth tracker. Kit yang dihasilkan menerusi teknologi Internet of Things (IoT) ini mempunyai potensi menarik kanak-kanak prasekolah untuk pengetahuan asas dalam bidang pertanian. Menariknya, kit ini dilengkapi dengan pengesan nutrien tanah, planting pot, beaker dan benih tumbuhan yang boleh dipilih contohnya tomato, sawi…










