Tamrin Ghafar selesai beri keterangan kepada polis

’10 tahun lagi, DAP akan jadi Tuan’: Tamrin Ghafar selesai beri keterangan

MOHD. TAMRIN ketika hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd. Tamrin Abdul Ghafar memberi keterangan kepada polis hari ini berhubung catatan di blognya yang bertajuk ’10 tahun lagi, DAP akan jadi Tuan’ pada 4 April lalu.

Mohd. Tamrin hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman kira-kira 10.30 pagi  tadi. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Kita telah ambil keterangan daripada beliau (Mohd Tamrin) pada 10.30 pagi tadi dan akan lengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Tamrin, 74, yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba menerima panggilan telefon daripada polis berhubung siasatan membabitkan catatan di blognya yang ‘meramalkan’ masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang. 

Beliau berkata, seorang pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memohon kerjasama berhubung siasatan berkaitan blog itu.

Sementara itu, Mohd. Tamrin ketika ditemui pemberita mendakwa penulisannya bukanlah satu kesalahan serius kerana ianya sekadar ramalam.

“Ada beberapa isu dikenalpasti di sini iaitu pertamanya masalah ramalan saya.Pada saya ramalan itu bukan satu kesalahan serius kerana ianya sekadar ramalan.

“Kalau nak ikutkan banyak ramalan di negara ini, contohnya ramalan kaji cuaca, empat ekor dan apatah Anwar sendiri meramalkan ramai lagi ahli MP parti Pejuang akan masuk parti dia sokong dia.

“Ini bermakna ramalan sebenarnya tidak timbul dalam undang-undang kita,” katanya yang ditemani peguamnya Muhammad Rafique Rashid Ali di Bukit Aman hari ini.

Dakwa beliau, dia menulis kali kelima dengan mencabar perdana Menteri Anwar untuk menafikan sekeras-kerasnya bhawa beliau tidak pernah meliwat dan mengambil tindakan terhadap surat khabar Itali yang menyiarkan di muka hadapan Malaysia merupakan negara pertama yang mendapat seorang peliwat sebagai PM.

Katanya, beliau membangkitkannya lagi kerana ia merupakan imej dan maruah diri dan semua umat Islam dalam negara ini.

“Anwar sepatutnya menjelaskan dan membersihkan perkara ini tetapi sejak dua tahun ini dia senyap sahaja dan kenapa dia berdolak- dalih serta tidak mahu berterus terang.

‘Kes lain membabitkan cerita sakau Tun Daim, Mahathir semua dia ketengahkan tetapi kes dia sendiri tak diketengahkan dan begitu juga dengan kes Ahmad Zahid Hamidi hadapi 47 kes dilepaskan begitu sahaja.

“Mana boleh, jadi rakyat ingin tahu apa falsafah dia (PMX), pada pilihan raya akan datang terutama di Kuala Kubu Bharu, tak tahulah sama ada anwar akan berkempen atau tidak, atau zahid hamidi masa apa pun berkempen akan dipersoalkan,” ujanya.

Menurutnya lagi, Anwar hanya pandai memberikan janji sedangkan janji lama tidak dilaksanakan selain turut bertanggungjawab untuk menjawab kes Zahid Hamidi 47 kes salah laku, pecah amanah sebagainya kepada pengundi di KKB nanti.

Sementara itu, peguamnya Muhammad Rafique berkata, Tamrin dipanggil untuk disiasat di bawah Kanun Keseksaan yang dikatakan fitnah jenayah dan tulisan-tulisan yang dikatakan membawa perasaan tak puas hati dalam kalangan beberapa pihak dan sememangnya Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muhammad Rafiq berkata, mengkritik adalah hak seseorang rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan dan dibenarkan menerusi Perkara 10 yang menyebut seseorang boleh membuat kenyataan selagi mana ia tidak melanggar mana-mana undang-undang yang ada.

“Lagipun ia adalah separuh daripada asas perlembagaan.Maka saya marayu polis dan MCMC agar jangan terlalu sibuk bermain politik atau mengikut arahan mereka yang berkuasa.

“Ini kerana akhirnya apabila rakyat mula bersuara dan rakyat telah buktikan sebenarnya pada PRU 14 lalu menumbangkan parti gergasi BN dan adalah tidak mustahil dengan suara rakyat kerajaan ini juga boleh ditumbangkan nanti,” ujarnya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN