SUNGAI PETANI: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan berhubung pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkaitan perlucutan keahliannya yang menyokong kepimpinan kerajaan. Menurutnya, sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat daripada parti berhubung pindaan itu yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Selasa lalu. “Saya sebagai ahli parti akan menunggu surat itu terlebih dahulu yang masih belum diterima sehingga kini. “Selepas meneliti surat itu kita akan mengambil langkah seterusnya berdasarkan kedudukan sebagai ahli yang taat kepada parti,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya