Sultan Selangor, PM berbuka puasa bersama rakyat

Sultan Selangor, PM berbuka puasa bersama rakyat

SULTAN Sharafuddin Idris Shah bersalaman dengan Anwar Ibrahim semasa majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shan Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Yang berangkat sama, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dengan diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Ketibaan baginda disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Majlis berbuka puasa itu dihadiri kira-kira 1,000 warga Selangor termasuk komuniti setempat.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 489 asnaf dari daerah Petaling dengan sumbangan keseluruhan berjumlah RM244,500.

Pada majlis sama, baginda menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat iaitu Sime Darby Property Berhad berjumlah RM2 juta dan CelcomDigi Berhad (RM1.36 juta).

Sultan Sharafuddin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya