IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis makan malam amal anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) yang diadakan untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti kebajikan kelab di sini semalam. Baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul…







