Sultan Mizan solat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah - Utusan Malaysia

Sultan Mizan solat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah

SULTAN Mizan Zainal Abidin (empat dari kanan) menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, pagi tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah dekat Ladang di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda berdua yang juga Yang Di-Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail.

Keberangkatan tiba keluarga diraja itu disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Turut hadir beberapa pemimpin kerajaan negeri yang lain.

Kira-kira 3,000 jemaah terdiri daripada pelbagai lapisan rakyat turut menunaikan solat sunai Aidilfitri itu yang diimamkan Mufti Terengganu, Dr. Mohamad Sabri Haron.

Usai solat sunai Aidilfitri, Sultan dan Sultanah Terengganu serta Yang Di-Pertuan Muda sempat meluangkan masa lebih 30 minit bersalaman dan bermesra dengan jemaah yang hadir.

Baginda berdua dan Tengku Muhammad Ismail kemudian menziarahi Makam Diraja di perkarangan Masjid Al Muktafi Billah Shah sebelum berangkat pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya