Subsidi bersasar selamatkan ekonomi

Subsidi bersasar selamatkan ekonomi

PERDANA Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan ahli-ahli parti ketika hadir pada Konvensyen 25 Tahun Keadilan di Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Langkah berani ke­rajaan melaksanakan subsidi ber­sasar walaupun tidak popular, mampu menyelamatkan eko­­­no­mi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, subsidi bersasar seperti petrol, diesel, tarif elektrik dan air serta kawalan harga barangan keperluan seperti ayam dapat menjimatkan berbilion ringgit setiap tahun.

Katanya, agenda reformasi ke­rajaan ini perlu memberi manfaat kepada rak­yat selain menyelamatkan wang negara.

Menurutnya, langkah dila­kukan kerajaan termasuk me­ngambil keputusan berani memansuhkan subsidi harga ayam yang menampan kenaikan harga ayam setiap tahun.

“Ini yang dikatakan reform, saya hendak nasihat yang agak sinis terhadap reform, reform dalam erti kata apa manfaat bagi golongan miskin, pekerja ladang, nelayan di kampung, pekebun kecil, Melayu, India di ladang, pekerja (swasta), penjawat awam, itu yang mesti disampaikan.

“Ayam, berpuluh tahun sejak saya jadi Menteri Kewangan dahulu, setiap kali perayaan mesti akan naik, mesyuarat tergempar tambah suntikan wang, puluh tahun untuk mengawal harga siling ayam, kerajaan sediakan RM1 bilion setiap tahun.

“Tahun lalu kita ambil keputusan berani, kita hentikan RM1 bilion, kita beritahu kartel ayam buat keuntungan tetapi jangan tekan peniaga. Kemudian harga ayam terkawal,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR, semalam.

Malah, jelasnya, kerajaan turut melaksanakan keputusan-keputusan dibuat kerajaan sebelum ini termasuk penjajaran semula subsidi petrol dan pelbagai manfaat lain yang turut dinikmati golongan kaya serta 3.5 juta penduduk warga asing.

“Politik tidak cerdik bagi subsidi pada orang yang tidak bayar cukai, datang tanpa kebenaran kemudian beri subsidi elektrik, lebih RM4 bilion kita selamatkan.

“Dia hendak marah kita kenapa? Sekarang orang tanya tentang subsidi minyak dan diesel, cara rasional harus kita lakukan sebab minyak yang kita subsidi tiap kali digunakan, itu menguntungkan semua rakyat. Yang paling kaya pun dapat.

“Itu kerja tidak cerdik, 3.5 juta orang asing dapat subsidi. Bila kita naik (jadi kerajaan), kita beri suntikan langsung kepada rakyat. Itu kaedah kita fikir berapa lama, puluh tahun kerajaan setuju tetapi takut untuk laksanakan. Kerajaan ini berani, kita laksanakan untuk rakyat,” tegasnya.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan rakyat tidak perlu terpukau dengan slogan ‘hidup Melayu’ atau ‘kerajaan Islam’.

“Bila kita ambil tindakan terhadap orang yang mahakaya di negara ini, dengan hasil puluhan bilion, mana suara mereka, mana suara pejuang Islam dan Melayu, semuanya kelu membisu takut berdepan dengan orang yang kaya dan rasuah.

“Pengeluaran getah ada yang kata pekebun ramai tidak sokong Pakatan Harapan (PH), saya tidak ambil kira, kita harus bantu mereka. Yang saya tahu naik selepas kita ambil alih kerajaan kepada RM3 sekilogram.

“Maknanya pada 2020 RM2.50 sekarang RM3. Subsidi harga padi, tidak naik berpuluh tahun, tahun 2022 kita naikkan, belum cukup, tetapi bagi orang yang ikuti politik pembangkang, kenapa tidak naikkan semasa perintah?

“Kamu kata hidup Melayu, tetapi itu Melayu, yang kamu pertahankan itu Melayu kaya. Kita kena agresif. Lawan tetap lawan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN