KANGAR: Modus operandi aktiviti penyeludupan senjata api di kawasan sempadan adalah dengan membawanya masuk seketul-seketul atau dipecah-pecahkan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kadangkala penyeludup membawanya masuk sekali dengan dadah, pendatang tanpa izin (PATI) atau bersama barangan-barangan lain. Katanya, polis sentiasa memantau sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk berkaitan penyeludupan senjata api. “Lazimnya, penyeludup melakukan aktiviti berkenaan mengikut laluan…










