KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam, beliau menyedari ditipu oleh seorang ahli perniagaan selepas wang RM19 juta yang dijanjikan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak ‘sampai’ kepada bekas Perdana Menteri itu. Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 65, berkata, wang itu diberikan kepada G. Gnanaraja bertujuan mengeratkan hubungannya dengan Najib untuk jaminan projek akan datang selain melindungi perniagaannya daripada pelbagai tohmahan. Beliau ketika itu pengarah…










