PATTANI: Rakyat Malaysia masih boleh melancong atau melawat Selatan Thailand kerana daerah itu disifatkan masih selamat dikunjungi walaupun beberapa insiden pengeboman berlaku di sini bulan lalu. Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, kebanyakan insiden tersebut tidak melibatkan lokasi tumpuan ramai dan hanya berlaku di kawasan luar bandar. “Kebiasaanya kejadian itu bukan disasarkan kepada orang awam, sebaliknya ia lebih kepada pihak yang bertelagah. “Walaupun berlaku peningkatan kes pengeboman…