SEPANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak dimaklumkan berhubung cadangan sebuah syarikat berpangkalan di Brunei yang berhasrat untuk melaksanakan projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Borneo. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan memulakan Projek Kereta Api Trans Borneo masih belum dibuka kepada mana-mana syarikat, sebaliknya tawaran untuk kajian kebolehlaksanaan hanya akan dibuka untuk tender pada Mei depan. “Kita tidak tahu menahu apa yang dinyatakan oleh syarikat itu. Kalau mereka kata…










