PRK Kuala Kubu Bharu: Calon PN tidak dibuat secara tangkap muat - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Bharu: Calon PN tidak dibuat secara tangkap muat

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Calon yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu nanti tidak boleh dibuat secara tangkap muat bagi mengelak insiden menukar sokongan atau lompat parti berulang lagi.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, calon tersebut mestil seorang individu yang kental dengan perjuangan parti dan mempunyai prinsip yang kuat.

“Calon mesti istiqomah dengan perjuangan PN kerana kita tidak mahu apa hang terjadi sekarang (bertukar sokongan kepada kerajaan) terus berulang.

“Oleh itu, tapisan yang sangat ketat memang dibuat untuk memastikan calon itu nanti benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan, calon boleh menang dan akan membawa mandat rakyat tanpa memperjuangkan prinsip dan parti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

PN dijadual mengumumkan calon yang bertanding dalam PRK DUN Kuala Kubu Bharu, esok.

PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong daripada DAP pada 21 Mac lalu.

Pada pertandingan empat penjuru Pilihan Raya negeri (PRN) lalu, Kee Hiong memenangi kerusi dengan majoriti 4,119 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Tambahnya, perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam PRK itu diharap memberi kelebihan untuk PN memenangi kerusi tersebut.

“Macam-macam kenyataan dikeluarkan oleh MCA, MIC dan persengketaan sesama mereka itu diharap dapat menukar sentimen pengundi untuk menyokong PN,” katanya. – habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN