Polis tingkat kawalan di Pulau Pinang kesan suspek kes tembak

Polis tingkat kawalan di Pulau Pinang kesan suspek kes tembak

MOHD. ALWI Zainal Abidin (kanan) bersama Mohamed Usuf Jan Mohamad (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad di IPK Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang akan terus meningkatkan kawalan keselamatan di negeri ini dalam usaha mengesan suspek yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kawalan tersebut akan ditingkatkan menerusi risikan, pengawasan serta pemeriksaan yang dibuat melalui sekatan jalan raya.

“Kami juga akan menyerahkan gambar suspek kepada kenderaan peronda bergerak (MPV) kami untuk mencari suspek,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mohd. Alwi ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang antara beliau dan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang kini dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Mohd. Alwi merupakan bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi semalam, suspek dikatakan telah bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum mengenai seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi. Ketika kejadian, isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, operasi mengesan suspek sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut mendapati, suspek dipercayai telah melarikan diri ke utara.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Alwi memberitahu, terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi tumpuan oleh kontinjen polis di Pulau Pinang iaitu dari segi pencegahan jenayah, penyelesaian kes serta pematuhan undang-undang.

“Kita akan menunggu (kehadiran) Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu sebelum melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan bersama-sama,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN