Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei ini

Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei ini

SYED Hamadah Syed Othman bersalaman dengan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia pulang ke tanah air di KLIA Sepang. - GAMBAR IHSAN TH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia ke tanah suci untuk tahun ini dijadualkan pada 9 Mei, manakala penerbangan terakhir pula adalah pada 9 Jun, kata Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hamadah Syed Othman berkata, kuota haji bagi jemaah dari Malaysia kekal 31,600 sebagaimana yang diumumkan Arab Saudi sebelum ini.

“Kami telah berusaha mendapatkan kuota tambahan, namun masih terlalu awal untuk mendapatkan jawapan.

“Kesemua 31,600 bakal jemaah haji telah pun menerima tawaran masing-masing, kebanyakannya memang giliran mereka jatuh pada 1445 Hijrah (tahun ini), namun ada juga yang tertangguh dari tahun-tahun sebelum ini.

“Selain itu, kira-kira enam peratus daripada jemaah haji tahun ini adalah mereka yang membuat rayuan untuk menunaikan haji,” katanya pada sidang akhbar pengumuman agihan keuntungan 2023 di Menara TH di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkembangan sama ada had kadar minimum pendaftaran haji baharu telah diputuskan atau sebaliknya, Syed Hamadah berkata, perkara itu sedang dibincangkan.

“Memang perkara ini ada dalam kajian TH untuk tingkatkan simpanan kepada satu kadar yang lebih tinggi berbanding RM1,300 ketika ini,” ujarnya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×