KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi fokus utama terhadap agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti bagi menyelamatkan ekonomi negara dari jenayah rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Seri Azam Baki berkata, isu-isu tatakelola itu meliputi pelbagai perkara, bukan sahaja integriti atau hal berkaitan penyelewangan serta rasuah, malah ia meliputi kelemahan tatakelola dalam pentadbiran seperti yang telah ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, bahagian Perancangan Governans…










