Pegawai tertinggi Iran maut akibat serangan udara Israel

Pegawai tertinggi Iran maut akibat serangan udara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Sekurang-kurangnya tujuh pegawai tertinggi tentera terbunuh akibat serangan udara oleh tentera Israel yang menyasarkan bangunan Konsulat Iran di ibu negara Syria, Damascus, Isnin lalu.  

Kor Pengawal Revolusi Iran memaklumkan antara mangsa yang terbunuh ialah Brigadier Jeneral, Mohammad Reza Zahedi, Komander Kanan Pasukan Elit Quds Force dan Timbalannya, Brigadier Jeneral, Mohammad Hadi Haji Rahimi. 

Kerajaan Syria dan Iran mengutuk serangan berkenaan yang menghancurkan bangunan sebelah pejabat Kedutaan Iran. 

Bagaimanapun, tentera Israel enggan mengeluarkan komen berhubung laporan media antarabangsa. 

Sebelum ini, tentera Israel melancarkan ratusan serangan udara ke Syria yang dikatakan mempunyai perkaitan dengan Iran dan kumpulan bersenjata lain serta dilatih dan mendapat dana daripada Kor Pengawal Revolusi Iran. 

Serangan udara tentera Israel dilaporkan semakin meningkat sejak serangan di Gaza, Oktober tahun lalu. 

Serangan itu dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan di kawasan sempadan utara Israel yang dilancarkan oleh Hezbollah dan kumpulan lain di Lubnan dan Syria. 

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Syria mendedahkan pihaknya berjaya menembak jatuh peluru berpandu yang dilancarkan, namun beberapa serangan lain berjaya menembusi dan memusnahkan keseluruhan bangunan sehingga membunuh dan mencederakan mangsa di dalam bangunan. 

Duta Iran, Hossein Akbari berkata, jet pejuang F-35 Israel menyasarkan secara kejam kediaman dan bahagian konsular kedutaan bersama atase tentera Iran.-BBC   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya