Pasangan kekasih mengaku salah abai kanak-kanak hingga maut

Pasangan kekasih mengaku salah abai kanak-kanak hingga meninggal

SEPASANG kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam bagi tuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sehingga maut dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Port Dickson, bulan lalu. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban bagi tuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sehingga meninggal dunia di sebuah taman perumahan di Port Dickson bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, dan ibu kanak-kanak berkenaan, Nor­aini Haron, 42, membuat pe­ngakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya dengan niat bersama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun telah mengabaikan kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan dari 18 Mac sehingga 24 Mac antara pukul 12 tengah hari sehingga 6.45 petang di Taman Mayung di Port Dickson.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syafina Mohd. Radzuan manakala tertuduh tidak diwa­kili peguam.

Noor Syafina memohon satu tarikh sebutan semula untuk laporan forensik dan tidak menawarkan wang jaminan memandangkan kesalahan kedua-dua tertuduh adalah serius.

“Sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara, jaminan yang tinggi perlu dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh,” tegasnya.

Hakim kemudiannya bertanyakan penyebab kematian kanak-kanak tersebut kepada Noor Syafika sama ada dipukul dan Timbalan Pendakwa Raya itu memaklumkan kematian adalah disebabkan kanak-kanak itu mukanya tersembam ke atas jalan raya dari kenderaan.

Tertuduh pertama, Mohd. Khairul Shamsua dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah memandangkan dia mempunyai tanggungan enam orang anak, dua ibu bapa dan hanya bekerja sebagai pembantu bengkel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×