BAGAN DATUK: Parti politik dalam Kerajaan Perpaduan ada kaedah tersendiri bagi membantu calon kerajaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Timbalan Perdana Menteri, mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Rabu lalu telah bersetuju meletakkan calon Kerajaan Perpaduan. “Dan tentunya semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan menggunakan kaedah tersendiri untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis sambutan…