MELAKA: Berpakaian sedondon kini bukan lagi terbatas untuk seisi keluarga sahaja, malah keterujaan memilih warna tema sama turut membabitkan haiwan peliharaan. Tidak hairanlah bagi sebuah keluarga dari Kuala Lumpur, sambutan Aidilfitri tahun ini mereka mengenakan tema warna biru sedondon dengan kucing peliharaan yang diberi nama Oyeng. Sangat teruja melihat Oyeng memakai pakaian baju melayu, samping dan bertanjak. Lebih menarik kehadiran haiwan itu dengan pakaian raya mencuri perhatian pengunjung sewaktu Majlis…