IPOH: Sebanyak 26 lokasi di Perak dikenal pasti sebagai kawasan hitam atau ‘blackspot’ yang kerap berlaku kemalangan maut terutama pada musim perayaan. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kawasan tersebut akan diberi lebih tumpuan sepanjang Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 yang bermula esok hingga Sabtu depan. Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk di Jalan Tapah-Cameron Highland, Jalan Jelapang-Ipoh-Ayer Tawar, Jalan Bagan Serai-Kuala…