Nabila Razali gemuruh berhari raya di kampung suami - Utusan Malaysia

Nabila Razali gemuruh berhari raya di kampung suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Nabila Razali, teruja dan pada masa sama gementar untuk buat pertama kalinya meraikan Aidilfitri di kampung suaminya di Kelantan. 

Ibarat masuk ke tempat orang, penyanyi lagu Peluang Kedua itu akan menjaga tatasusila sebagai seorang selebriti dan isteri sepanjang menyambut hari raya  di negeri itu.

“Bukan terlalu gementar, tetapi lebih kepada tertanya-tanya tentang cara yang betul untuk bergaul dengan keluarga baharu di Kelantan. Kalau nak cakap pasal gemuruh, menyanyi lebih menakutkan sebenarnya.

“Hendak beraya dengan keluarga baru, saya tak tahu rentak dan cara berkomunikasi dengan mereka. Risau saya seorang bising tetapi yang lain biasa-biasa pula.

“Jadi, saya perlu belajar semua itu. Termasuk cara sesuaikan diri pada hari raya apabila sudah berumah tangga,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap mengenai persediaan sambutan hari raya, Nabila teruja untuk berkenalan dengan saudara mara suaminya yang tidak berkesempatan hadir semasa majlis perkahwinannya.

“Tentang persediaan, saya tak tahu nak pakai baju yang bagaimana raya ini sebab sebelum ini, saya biasa pakai busana yang glamour. 

“Namun, suami ada juga pesan agar jadi diri sendiri saja.

“Selain itu, saya tak sabar sebenarnya untuk berjumpa saudara-saudara suami saya sebab ada antara mereka yang tidak berkesempatan hadir di majlis perkahwinan kami,” katanya yang sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan pada November tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Nabila hadir dengan single terbarunya sempena Aidilfitri berjudul ‘Raya Mana?’.

“Selepas 10 tahun bergelar penyanyi dan menghasilkan banyak single, akhirnya memiliki lagu raya sendiri yang sudah lama saya nanti-nantikan.

“Bagi saya, lagu ini sangat menarik kerana menceritakan dilema yang dihadapi kebanyakan pasangan yang hendak pulang ke kampung pada Aidilfitri,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya